Sekali Raub dapat Emas
“Kenapa Mereka Rakus Mahukan Tanah Raub? Jawapannya Ada Pada Jalur Emas Ini.”
1. Apa Ada Di Bawah Tanah Raub?
Ramai hanya nampak pokok durian, kebun, dan rumah kampung. Tapi tak ramai tahu — Raub terletak betul-betul atas “Gold Belt 2”, antara jalur emas terpenting di Asia Tenggara.
Bukan satu, bukan dua — tapi empat kawasan emas aktif (Raub, Penjom, Buffalo Reef, Selinsing) berada dalam jalur ini. Semua ini berpunca dari satu garis geologi utama: Raub-Bentong Suture.
2. Ini Bukan Kebetulan —> Ini Strategi.
Raub-Bentong Suture bukan sekadar nama pelik dalam buku Geologi. Ia ialah sempadan dua kerak bumi yang dahulu pernah bertembung jutaan tahun lalu.
Dan di sinilah emas terbentuk dan terkumpul. Siapa kawal tanah atas jalur ini, dia kawal potensi kekayaan yang luar biasa.
Tak hairan kalau ada yang buat apa saja --> termasuk langgar undang-undang demi dapatkan tanah ini.
3. Kenapa Mereka Tiba-tiba ‘Sayang’ Raub?
Bila penguatkuasa robohkan struktur haram atas tanah kerajaan, mulalah keluar naratif simpati:
“Dah duduk sini 40 tahun...”
“Tanam durian, bagi sumbangan ekonomi...”
“Kami peladang kecil...”
Tapi hakikatnya, yang rakus itu bukan peladang kecil.
Di belakang mereka ada syarikat, sindiket, dan orang berkepentingan. Mereka tahu — Raub bukan sekadar kampung. Raub adalah emas.
4. Adakah Rakyat Dapat Hasil?
Soal besar yang perlu ditanya:
Siapa dapat konsesi?
Berapa hasil emas masuk kepada negeri atau negara?
Berapa banyak disalurkan semula kepada masyarakat Raub?
Jika tidak dikawal, jalur emas ini akan menjadi jalur kehilangan. Kekayaan bumi tergadai, rakyat hanya jadi penonton.
Siapa sangka di bawah ladang durian, ada emas yang disimpan bumi sejak jutaan tahun. Tapi sekarang, kita lihat sendiri —> kerakusan dan manipulasi muncul atas nama 'hak' dan 'warisan'.
Jangan tertipu dengan naratif. Fahami geopolitik emas.
Siapa kawal tanah Raub, dialah sedang genggam masa depan.
DISCLAIMER
Peta bertajuk “Peninsular Malaysia Gold Belts” yang digunakan ini adalah berdasarkan kajian oleh Yeap, E.B. (1993) dalam artikel "Tin and Gold Mineralizations in Peninsular Malaysia and Their Relationships to the Tectonic Development" yang diterbitkan dalam Journal of Southeast Asian Earth Sciences.
Comments