Kepandaian masing-masing



Dulu aku sangat kagum dengan mereka yang berjaya dapat banyak A dalam peperiksaan SPM. 

Sampailah suatu hari aku sedar, setiap makhluk itu dilahirkan berbeza kepandaian, berbeza kemahiran, berbeza rezeki dan berbeza fitrah kejadian.

Setiap kali bila aku berikan ceramah inspirasi di sekolah, perkara ni la yang suka aku tekankan...

"Tiada siapa pun yang dilahirkan kat dunia ni dia bodoh dan tidak ada masa depan. Setiap orang ada kelebihan dan kemahirannya masing² yang Allah telah ciptakan."

Mungkin ada dikalangan anak² kita yang tak berapa baik dalam bidang pendidikan tapi anak² ni amat hebat dalam bidang sukan... Go for it.💪

Mungkin ada dikalangan anak² kita yang tak berapa bijak dalam pelajaran tapi anak² ni pandai dalam bidang kemahiran... Go for it.👍

Mungkin ada dikalangan anak² kita yang tak berapa bijak dalam bidang sains dan matematik tapi anak² ni pandai dalam seni lukis dan juga muzik... Go for it🫰

Semua anak² yang dilahirkan itu adalah 'istimewa'. Tiada satu pun Allah ciptakan bodoh kerana setiap yang Allah ciptakan ada kelebihan dan ada kekurangan.

Anak² kadang umpama ulat beluncas di dalam kepompong sebelum mereka berubah menjadi rama-rama.

Ada yang cepat dan ada yang perlukan masa untuk dia berubah mencapai potensi dirinya yang sebenar.

Dan itulah tugas kita sebagai ibubapa dan guru² di sekolah. Yakni mencari dan mengesan kelebihan yang terdapat pada anak² yang datang ke sekolah.

Tidak dinafikan sistem pendidikan kita sekarang terlalu berkonsepkan memandang hanya pada satu arah. 

Hanya memandang dan mengiktiraf pelajar yang berjaya mencapai banyak 'A' sebagai pelajar yang cemerlang.

Sebaliknya pelajar yang hanya mencapai tahap asas iaitu lulus dianggap sebagai orang yang gagal dan takda masa depan.

Hakikatnya, dunia ini bukan hanya dikuasai atau diuruskan oleh mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Dunia ini juga didiami oleh mereka² yang mempunyai kemahiran...

Dunia ini juga dikuasai oleh ahli perniagaan

Dunia ini juga diwarnai oleh ahli sukan dan juga seniman.

Dan bukan semuanya memerlukan banyak 'A' dalam pelajaran. 

Alhamdulillah, bagus la jika ada anak² kita yang berjaya dalam pelajaran TAPI kita kena ingat Allah ciptakan manusia itu berbagai-bagai tahap kepandaian dan kemahiran.

Macam aku, walaupun aku suka sangat dengan alat muzik seperti gitar, piano dan violin, tapi aku tetap tak pandai nak main alat² muzik tu.

Aku kini seorang juruterbang kapal terbang kargo bersaiz super jumbo. Adakah aku seorang yang pandai sedangkan aku tak reti pun nak mainkan gitar.

Dan bandingkan pula dengan artis yang pandai menyanyi atau bermain alat muzik. Adakah mereka ni semua seorang yang tidak pandai kerana tak boleh bawa kapal terbang?

That's why I said... Ukuran kebijaksanaan dan kepandaian manusia itu bukan hanya terletak pada berapa 'straight' A yang kau dapat.

Ukuran kebijaksanaan dan kepandaian manusia itu terletak pada cara bagaimana kau dapat 'survive' iaitu hidup di atas mukabumi Tuhan.

Sebagai contoh, ada orang jadi kaya dan jutawan dengan hanya menjual kemahiran.

Anak nombor dua aku baru sahaja dapat result SPM dia kelmarin. And guess what, dia dari dulu lagi minat nak jadi seorang tukang masak macam Chef Wan.

Dan actually itu jugalah antara cita-cita aku selain daripada menjadi seorang pegawai polis dan juga juruterbang.

Kadang begitulah. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah minat anak kita ke satu bidang tu, kita supportlah...

Cita-cita aku mungkin tak kesampaian tapi mungkin Allah dan takdirkan untuk aku dapat melihat anak aku berjaya dalam bidang yang aku pernah dambakan.

Menjadi seorang tukang masak profesional macam Chef Wan.🫰😊


Insyallah...🌹


#MERZ

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

Ads go here

Comments