Doa pengasih
Doa Untuk Wajah Berseri & Hati Disayangi
(Surah Taha, ayat 39)
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي
"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna 'Alaa 'Ainii"
Maksudnya:
"Dan Aku telah tanamkan dari sisi-Ku perasaan kasih sayang terhadapmu, agar engkau dibela dan dipelihara di bawah pengawasan-Ku." (Surah Taha: 39)
Kegunaan Doa Ini:
1. Untuk wajah kelihatan berseri dan menarik, khusus bagi Raja Sehari, temuduga kerja, urusan kenaikan pangkat, atau bertemu kenalan penting.
2. Untuk menjadi insan yang dikasihi dan disenangi sama ada oleh pasangan, bakal mertua, ipar-duai, rakan sekerja mahupun orang ramai.
3. Untuk mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga antara ibu bapa, anak-anak, adik-beradik dan jiran tetangga.
Cara Amalan:
▪️Bacakan ayat ini pada air putih (air mineral/suam) pada malam Jumaat atau hari Jumaat, sebanyak bilangan ganjil: 9, 11, 13 atau 15 kali.
▪️Air tersebut boleh:
diminum,
digunakan dalam masakan, atau
dimasukkan dalam nasi yang dimakan bersama keluarga.
Niat & Harapan:
Mohonlah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sematkan hajat dalam hati sewaktu membaca ayat ini.
Dengan izin dan rahmat Allah, wajah akan berseri, hati akan disayangi, dan hubungan akan dirahmati.
اللهم آمين 🤲🏻
#DoaPengasih #WajahBerseri #DoaJumaat #IslamicHealing #RezekiKasihSayang #DoaHarapan #SpiritualCare #BioenergiNurani
Comments