Kisah sebenar mengapa Anwar Ibrahim di pecat oleh Dr Mahathir.
Anwar Ibrahim di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di dalam suatu gerakan yg di rancang secara rahsia oleh Dr Mahathir dan di laksanakan dengan begitu pantas.
Anwar juga di dakwa di Mahkamah atas lima tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Saya lihat di Internet pelbagai versi mengapa Anwar Ibrahim di pecat dan di dakwa.
Versi yg saya akan cerita ini adalah versi yang saya dapati setelah saya bertanya diect kepada Allahyarham YABhg Tun Haniff Omar, mantan Ketua Polis Negara (saya duduk sebelahnya di suatu khenduri tahlil), pemberita2 di masa itu dan juga para ahli politik veteran serta penjawat awam kanan yg bertugas di ketika itu (level2 Tan Sri) serta bacaan saya dari sumber dalam dan luar negara hasil tulisan ahli akademik dan termasuk juga penceritaan seorang profesor USA (juga profesor saya untuk Masters di Cornell University) yg menjadi ahli pasukan Tabung Monetari Antarabangsa (International Monetary Fund) yg di tugaskan untuk terbang ke Malaysia dan Indonesia serta Thailand susulan dari Krisis Kewangan Asia.
Pertamanya, (sama seperti bekas pegawai khas kepada DS Najib, Dato Amhari Nazaruddin), Anwar Ibrahim juga adalah alumni Eisenhower Fellowship . Fellowship ini adalah satu organisasi di mana mereka menjemput pemimpin atau bakal pemimpin muda2 dari negara2 membangun ke Amerika, untuk mengenali dengan lebih dekat Amerika dan nilai2 Amerika agar apabila mereka naik menjadi pemimpin, mereka ada hubungan kebudayaan dan sosial dengan Amerika. Organisasi di tubuh di waktu Amerika tersangat paranoid dengan Perang Sejuk dengan USSR dan sebagai langkah jangka panjang, Washington mahu pemimpin2 muda dari negara2 ketiga mendekatkan diri dengan USA.
Kita juga sedia tahu bahawa Amerika Syarikat tidak senang dengan Dr Mahathir (PM4) kerana kelantangannya membidas dasar2 antarabangsa negara2 maju yang di kepalai oleh AS tetapi yang paling menggeramkan AS adalah suara PM4 menentang penindasan Israel ke atas Palestin. Dr Mahathir juga kerap membuat kenyataan anti-Yahudi.
Semasa itu, Presiden USA ketika itu adalah Bill Clinton, dari parti Demokrat. Jika hendak ambil mudah, dasar luar negara parti Demokrat adalah lawan ekstrem dari dasar luar negara President Trump.
Rumah Putih Parti Demokrat pada waktu itu melihatkan diri mereka sebagai "pembawa cahaya demokrasi dan hak asasi manusia" ke seluruh dunia.
Mereka target dua pemimpin negara ketiga - Dr Mahathir dan Presiden Suharto - kedua-duanya di anggap sebagai otokratik, korup dan penghalang kepada penegakkan hak asasi manusia. Di Malaysia, mereka bencikan dua dasar asas negara iaitu posisi tidak kompromi mendokong hak dan kedudukan Bumiputra (yg di anggap rasis) dan menentang hak LGBT.
USA menggunakan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Dr Mahathir. Profesor saya di Cornell University bercerita kepada saya (Cornell di beri status resmi sumber akademia untuk hal-ehwal Asia Tenggara untuk Kongres USA) beliau di panggil oleh IMF untuk menyertai pasukan IMF untuk mengkaji impak krisis kewangan Asia ke atas Malaysia dan Indonesia.
(Saya juga dapat tahu direct dari Ketua unit forex Phileo Allied Bank (milik kroni AI, Tong Kooi Ong) bahawa dia di tugaskan menjual Ringgit untuk menjatuhkan nilai RM).
Sebagai Menteri Kewangan, AI juga menerima nasihat IMF menaikkan kadar pinjaman yang tersangat tinggi hinggakan menyebabkan ramai peminjam korporat dan peribadi bankrap dan pada masa yang sama memendekkan tempuh sesuatu pinjaman bank yang tidak bayar bayaran ansuran dari enam bulan ke tiga bulan.
Dengan arahan itu, jumlah "non-performing loan" meningkat dengan mendadak dan ini memerlukan setiap bank meletakkan sejumlah wang lebihan sebagai provision (sekiranya peminjam tidak membayar pinjaman). Teorinya, untuk ini, pemilik bank perlu menambah modal berbayar bank2 mereka dan ini terpaksa di lakukan di masa krisis dan kadar faedah yg tersangat tinggi. Di negara2 lain, banyak bank menjadi muflis dan ini merosakkan ekonomi negara2 yg terlibat.
Dari sumber atasan di Kementerian Perdagangan & Industri (MITI) di masa itu, antara salah satu misi IMF adalah untuk tawar kerajaan Malaysia pakej bantuan (bail-out package sebenarnya) dan antara syarat2 yg tidak boleh di runding (non-negotiable condition) adalah pengmansuhan dasar ekonomi baru dan penghapusan kuota serta hak istimewa Bumiputra dalam perniagaan dan urus korporat.
Ini semua di susun oleh Washington (yg bekerjasama di belakang tabir dgn George Soros - sama seperti pelan menjatuhkan DS Najib).
Washington dan puak sekutunya mengambil khidmat sebuah firma public relations yg amat power, berpengkalan di New York untuk mempromosi Menteri Kewangan Malaysia sebagai hero dan seorang yg tersohor; beliau di namakan "Asian of the Year" untuk 1998 dan "Menteri Kewangan Asia Terbaik" dan di letakkan di cover termuka Time magazine dengan tulisan "Anwar and the Future of Asia".
Selari dengan itu, mereka juga secara berterusan mengenakan tekanan ke atas ekonomi kewangan Indonesia hinggakan Jakarta tiada pilihan untuk memohon pakej bantuan "bail-out" dari IMF. Syaratnya? Presiden Suharto letak jawatan dan sesungguhnya pada bukan Mei 1998, Presiden Suharto menandatangani surat perletakkan jawatannya dengan Pengarah Urusan IMF berdiri di sebelahnya (gambar itu famous). A humiliating image for Indonesia and Indonesians as well for Asia.
Seterusnya, saya perlu nyatakan, atas kehendak Allah Taala jua, negara kita ada seorang genius, TS Noh Yakcop, di ilhamkan untuk menambat matawang RM dengan matawang Dolar dan menarik RM dari semua pasaran matawang luar negara - suatu langkah yg belum pernah di buat oleh mana2 negara. Dari situ, dasar kewangan Malaysia di anggap "pariah" oleh komuniti kewangan antarabangsa. (Nota: Pada tahun 2003, IMF mengaku langkah menambat RM adalah langkah yang tepat).
Pada tahun 1998, di ceritakan direct kepada saya oleh mantan Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Haniff Omar menerima bukti kukuh dari pasukan intelligencenya akan kegiatan luat tabii Anwar Ibrahim dan beliau menghubungi DS Megat Junid (menteri paking rapat dengan Dr Mahathir dan juga Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri) di rumah kediaman TS Kwek Leng Chan (Hong Leong Bank). Di sana, mereka bertiga merancang bagaimana untuk memberitahu Dr Mahathir.
Saya tidak tahu bagaimana dan siapakah yang memaklumkan Dr Mahathir tentang perancangan Anwar dan IMF untuk menekan beliau letak jawatan.
Sementara itu, kedudukan RM semakin teruk. Untuk tujuan perbandingan, pada bulan Mac 1997, RM berada pada RM2.48 setiap USD. Pada hujung tahun yang sama, RM sudah menurun kepada RM3.77 dan pada bulan Januari 1998, turun kepada RM4.88.
Indeks Bursa Malaysia (KLSE pada waktu itu) menjunam turun sebanyak 50%. Bayangkan!
Peratusan NPL (Non Performing Loans) meningkat dari kurang 3% pada tahun 1996 kepada 14.7% pada tahun 1997 dan di suku pertama 1999, naik kepada 20%.
Paling ketara, pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.7% pada tahun 1997 menjunam kepada negatif 6.7% tahun berikutnya.
Sehingga sekarang saya tidak dapat maafkan Anwar Ibrahim sanggup meletakkan negara di dalam keadaan begitu tenat, menghancurkan kehidupan jutaan rakyat dan juga sanggup korbankan hak istimewa Bumiputra untuk memuaskan pihak Amerika demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Pada 1 September 1998, Kerajaan Malaysia umumkan rejim tambatan Ringgit ke matawang Dolar dan pada hari keesokkannya, 2 September, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, DS Anwar di tangkap atas lima tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Kronologi susulan dari penangkapan itu di senaraikan di pautan ini -
http://news.bbc.co.uk/2/hi/special_report/1998/10/98/malaysia_crisis/204632.stm
Untuk bacaan mengenai tambatan RM.
https://www.unescap.org/sites/default/files/apdj10-1-1-nambiar.pdf
Comments