Khalifah Perang Tanah Melayu

 




"Khalifah Perang" 

Allahyarham TOK JANGGUT GERIK atau nama sebenarnya Haji Abdul Razak Bin Kasman. 

Antara cerita lisan dari penduduk kampung Tanjung Rambai mengenai Tok Janggut :

1) Allahyarham Tuan Hj Ismail bin Sutan Syarif(Ayah cu lahir pada tahun 1908) Menceritakan kehebatan tok janggut pada zaman kemuncaknya pernah menebang perdu buluh aur dengan menggunakan tangan kosong.

2) Tn Hj Mohd Noor( Ayah nge lahir pada tahun 1918) Mengisahkan keprihatinan tok janggut yang mengetuk setiap pintu rumah penduduk kampung sebelum masuk waktu solat subuh sebagai peringatan solat berjemaah.

3) En Razali bin Hj Mat Tahir( Pak Nik Jalil lahir pada tahun 1941)Mengisahkan satu peristawa Tok Janggut diserang oleh sepasukan pengganas komunis semasa beliau sedang meneroka tanah hutan. Penerokaan tanah hutan akan menjejaskan aktiviti pengganas komunis yang ketika itu sangat aktif di hulu perak. Dalam kejadian jam 5.00 petang, Tok Janggut telah di kepong oleh kira kira 15 orang komunis yang telah membelasah dengan menggunakan bennet(Pisau tajam yang diletak di hujung senapang), pedang dan kayu. Setelah hampir setengah jam membelasah, Tok janggut bangun seperti tiada apa apa yang berlaku pada dirinya yang membuatkan semua pengganas lari lintang pukang. Dalam kejadian tersebut, Tok Janggut sempat memberi hadiah parang panjang kepada 3 orang komunis yang mengalami kecederaan parah.

Tok janggut bersama sahabatnya yang bernama Pendita tuan syeikh osman lenggong dan tuan syeikh idris dalam satu pertemuan di surau kampung tanjung rambai telah mengumpul seberapa ramai yang mungkin tentera fisabilillah dari seluruh pelusuk hulu perak. Dalam majlis tersebut, kira kira 2000 sukarelawan fisabilillah berkumpul di perkarangan rumah Tok Janggut untuk berjuang menentang orang siam yang dikatakan telah membunuh seorang ulamak patani yang termahsur iaitu Al-Marhum Tuan Syeikh hj Wan Sulung.Dalam perjumpaan tersebut, Tuan Syeikh Haji Osman telah membaca ayat-ayat dan mengelintir kedua tapak tangan beliau yang menyaksikan beribu ribu cincin(cincin Lahit) keluar dan jatuh bertaburan ke lantai. Maka semua perajurit mengambilnya untuk di pakai semasa berjuang. Tok janggut selaku ketua dan juga imam perang diberitakan telah berjuang selama sebulan dan apabila balik ke tanjung rambai ia menceritakan peristiwa perang seperti menebas pokok tebu.Maka di pancung kepala lawan diibarat pokok tebu di ladang. 

4) Amran bin Mohd Noor( Pakngah Ta lahir pada tahun 1947) Menceritakan Kisah Tok Janggut bertarung dengan penggusti handalan dari British yang di bawa oleh Tuan DO Barkerly dalam satu keramaian di padang gerik. selepas penggusti berbadan tegap tak ubah macam Hulk Hogan selesai pertunjukan, beliau telah mencabar orang melayu yang berani tampil bertarung dengannya. Tok Janggut yang ketika itu hadir sebagai jemputan VIP oleh Tuan Barkerly terus melompat ketengah gelanggang menyahut cabaran kerana mahu menjaga maruah bangsa. Pertarungan menyaksikan kehebatan Tok Janggut beraksi tak ubah Seekor Gajah dengan seekor Tenuk. Lalu Tok Janggut memegang kedua belah tangan penggusti british dan di hayun terpelanting ke hujung padang kira kira 50 meter.

5) Allahyarham Tuan imam Hj Abd Karim.
Menceritakan Tok Janggut telah memagar sekeliling kampung dengan pasak alam ilmu batin yang dibenarkan mengikut syarak yang menyebabkan pengganas komunis tidak perasan adanya perkampungan di tengah hutan di kaki banjaran gunung hutan rizab air kelat. Namun ada seorang penduduk yang telah melanggar pantang dan syarat iaitu tidak boleh sekali-kali membawa masuk kayu atau buluh masuk ke kampung dengan cara mengheret di atas tanah yang menyebabkan pagar tadi akan terputus.

Diberitakan Tok janggut bersama sahabat-sahabatnya seperti Tuan Syeikh Osman , Haji Majid, Haji Jamil, Haji Mat Tahir, Haji Mat Kaya dan lain-lain tidak pernah sekali-kali memakan makanan selain dari produk orang islam.
Madah Tok Janggut Di Kitabnya "Senjata Sulit" 

"Wahai anak cucuku yang dicintai... 

Pada suatu hari tok termenung kerana terkenangkan bahawa umur tok sudah tak lama lagi akan melawat pintu kubur. Tok berasa dukacita benar apakah ada suatu jasa dan bakti atau harta pusaka yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak cucu tok di belakang hari. 

Di sini teringatlah tok masa muda dahulu tok pernah mengadap guru-guru, buat mempelajari bersama-sama ilmu hikmah dan kepandaian jampi-jampi melayu, doa-doa azimat, petua-petua ubat-ubatan sebagai bekalan hidup yang telah tok terima ijazahnya daripada tuan guru itu sebagai modal yang besar di dalam kehidupan kita sehari. 

Kemudian tok berfikir apakah guna disimpan ilmu-ilmu kepandaian ini, sehingga dibawa mati. Rasanya lebih baik dihimpunkan untuk anak-anak cucu tok dengan tiada payah anak-anak cucu ku membayar pengeras sebuku garam, pisau sebilah, atau jarum sepucuk, kain putih, dan wang $1.25. Tetapi memadailah anak-anak cucu sambut dan terimalah ijazah tok ini dengan menaruh kepercayaan penuh terhadap kekuasaan Allah SWT . Dengan niat yang suci mudah-mudahan mendapat berkat dan rahmat insyallah. 

Sebenarnya tok tidak sangka tentang ilmu Hikmah tok ini begitu sekali segara mendapat penghargaan dan sambutan yang teristimewa dari segala golongan anak cucu tok di sekitar Tanah Melayu ini yang mana terpaksa pula tok membuat beberapa tambahan-tambahan yang penting di dalam kitab ini. 

Maka sekali lagi tok ucapkan ribuan terima kasih atas baik sangkanya anak cucu terhadap diri tok serta didoakan mudah-mudahan berbahagia anak cucu di dalam dunia dan akhirat. Selamat beramal."

W'salam 

Haji Abdul Razak 
Tok Janggut 
Gerik Perak

Selain kitab senjata sulit , Kitab tok janggut yang terkenal adalah pagar hikmat , Ketika arwah tok janggut tulis kitab itu usianya sudah 110 tahun. Bagi yang belum mengenali dan baru mendengar nama Tok Janggut Gerik , Saya akan cuba berkongsi serba sedikit mengenai arwah Tok Janggut. 

Tok Janggut berasal dari Kerinchi , Asalnya kedatangan tok janggut untuk berdagang di hulu perak pada awal tahun 90an , Dan beliau telah menetap di Kampung Tanjung Rambai , Setelah beberapa tahun tinggal di sana , Tok Janggut dilantik sebagai ketua Kampung kerana keberaniannya dan kealimannya. Tok Janggut terkenal dengan sifat keberaniannya yang tiada tolok banding diantara kesemua perantau dari Kerinchi ketika itu , Makanya beliau diangkat sebagai ketua kampung. 

Tok Janggut ketika itu amat tersohor dengan kehebatannya dalam ilmu Persilatan Melayu, Beliau bukan sahaja handal dalam ilmu persilatan malah menjadi guru bagi ilmu tasawuf , Berbagai ilmu yang ada di dalam dadanya , Termasuklah ilmu perubatan dan petua-petua orang tua . Menurut cerita orang tua di Kampung Tanjung Rambai , Tok Janggut telah dilantik oleh pembesar di Hulu Perak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering semasa zaman Komunis , Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjangnya dan ketika itu orang yang mengikuti Tok janggut menentang komunis mengatakan peluru yang dilepaskan ke arah mereka seperti hujan , daun-daun dan kayu-kayu semua seperti dilanda ribut disebabkan tembakan yang bertalu-talu dan beratus das tembakan, Tetapi mereka katakan peluru yang kena pada badan mereka ketika itu hanya ibarat terkena pasir pada badan. Ketika itu juga Tok Janggut telah memasang pagar hikmat sepanjang kampung Tanjung Rambai , Dan disebabkan pagar ghaib itu setiap pengganas komunis yang lalu lalang tidak melihat adanya Perkampungan dan rumah-rumah di Kampung Tanjung Rambai. 

Nama Tok janggut memang terkenal ketika zaman itu , Sehinggakan MB Selangor sendiri menjemput Tok Janggut Gerik ketika Tragedi 13 Mei 1969. Tok Janggut juga telah menulis beberapa kitab pati rahsia perubatan melayu, kitab amalan pendekar (Kaf 40 dalam bahasa Ibrani) yang pernah menjadi kontroversi bagi pengamal yang pernah mempertikai kandungan Kaf 40. Namun segala kontroversi mengenai kitab Kaf 40 itu telah dirungkai oleh Tuan Guru Pak Teh Yang Dipertua pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Isi kandungan Kitab Kaf 40 merupakan terjemahan kitab dalam bahasa Ibrani yang bukan calang orang yang boleh mengarang kitab tersebut. Maka Pak Teh yang juga salah seorang ahli majlis fatwa Agama Islam negeri Perak telah menyatakan kitab tersebut boleh digunapakai sebagai amalan harian. 

Tok Janggut bersama-sama sahabat baiknya Tuan Sheikh Haji Osman Lenggong , Tuan Megat Abdul Rauf , Kiyai Haji Fakeh Lodin dan lainnya banyak berjasa kepada Tanah Melayu dalam penentangan komunis bintang tiga.terutamanya di perak. Mereka-mereka ini adalah Imam Perang yang sangat handal dan Pahlawan sufi yang sangat berharga buat Tanah Melayu. Mereka juga tidak mencari populariti dan hanya keluar ketika tanah Melayu dan bangsa kita terancam nyawa ketika zaman komunis. 

_Bissirril Al-Fatihah
_Pejuang Melayu
_Jihad Fisabillillah (313)

*Wirid Kaf40 adalah wirid yang mengandungi huruf kaf sebanyak 40 , adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah , kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki ijazah wirid ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya..Kaf empat puluh ini sangat banyak khasiat nya , Bahkan ada juga wirid yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya setiap hari adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya jangan duk memandai amal sendiri.

Ads go here

Comments