Make Up



Wanita dan makeup memang tidak boleh dipisahkan. Malah ada yang tak sanggup keluar berjumpa dengan orang ramai jika tidak makeup.. bagi mereka makeup membuatkan mereka kelihatan lebih segar dan cantik. 

Ada sesetengah wanita lebih selesa dengan makeup tebal dan ada juga lebih selesa tidak bersolek.

Sebenarnya makeup ini bukanlah perkara yang mudah.. ia mengambil masa yang lama untuk sekali makeup dan jangan terkejut ada yang makeup mengambil masa sehingga 1 atau 2 jam. Hehehehe

Disebabkan ini juga ada wanita yang meninggalkan solat sebab tidak mahu menanggalkan makeup. Itulah yang berlaku pada wanita ini yang suatu ketika dahulu rajin solat disebabkan dia pandai makeup dia sudah mula tinggal solat. 

Alasan yang diberikan kenapa tidak solat adalah kerana membazir makeup kerana perlu ambik wudhu. Semoga ianya menjadi iktibar kepada semua terutamnya kaum wanita.

Bila dah gila makeup dia yang dulu rajin solat dah mula tinggal solat. Dia kata ‘membazir makeup nanti kalau asyik wudhu.. nak pakai lagi dan lagi’. 

Nak makeup cantikkan muka itu tak apa. Kalau boleh cantikkanlah iman dan akhlak itu sekali sebab benda itu lagi penting.

Janganlah disebabkan mengejar dunia dan kelihatan cantik di dunia manusia sanggup meninggalkan suruhan Allah. Kalau rasa membazir tanggalkan makeup untuk ambil wudhu tak perlulah pakai makeup tebal tebal sangat.. sekadar sapu bedak bayi sahaja pada muka. 


Ada ke lelaki yang gemar bersolek.. kalau ada jemm kremm


Tu je lah nak kata..


Sekian

Ads go here

Comments