BANGSA YANG KUAT HIDUP BERKASIH SAYANG

 


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته 

بسم الله الرحمن الرحيم ..

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين..

اللهم أنزل الرحمة والمغفرة والسلامة على أبوى واله 

*Bangsa yang kuat bangsa yang berkasih sayang, bersatu, rasa bersama dan bekerjasama, hidup harmoni*

*Bangsa yang berilmu, jiwanya bersih daripada hawa nafsu, haiwan dan syaitan*

*Hidup dengan mengutamakan orang lain, cintakan Tuhan, sayangkan bangsa dan negara*

*Bangsa yang pemimpinnya adil, mendidik, penyayang, pemaaf, jadi ayah, jadi ibu, jadi guru, jadi pemimpin, jadi kawan*

*Rakyat terdidik bukan sekadar berilmu sahaja Rajin bekerja  dan berusaha, jiwa merdeka, mampu berdikari*

*Rakyat yang suka memberi daripada menerima*

*Perikemanusiaannya tinggi, hingga orang yang miskin, yang mendapat bencana terbela*

*Bangsa yang pemuda-pemudinya berakhlak mulia*

*Rakyat yang menghormati pemimpin, guru juga orang tua, ayah dan ibu*

*Golongan yang kaya pemurah, bank masyarakatnya*

*Golongan yang susah tidak meminta-minta, mereka sabar dan tabah, seolah-olah mereka kaya*

*Para pemimpin, ulama-ulama, guru-guru model bangsanya*

*Bangsa yang tidak membuang-buang masa dan berfoya-foya*

*Bangsa yang faham membuat kerja mengikut bidang nya, masing-masing*

*Mereka tidak tahu hendak menganggur, ada sahaja kerja yang dibuat mereka*

*Mana kita hendak cari satu bangsa di kalangan umat Islam seperti ini?*

*Itulah yang menjadi idaman kita, itulah yang menjadi cita-cita kita, Kita sedang berjuang ke arah itu*

*Di tahun baru ini marilah kita berazam dan meneguhkan cita-cita*


*Kita gembeling tenaga, gandakan usaha, korbankan apa sahaja menuju cita-cita*


*Demi mencapai cita-cita semoga Tuhan redha*


*Marilah kita berjuang melahirkan bangsa baru, cintakan Tuhan, kasih sayang sesama manusia, penyelamat dan pelindung manusia*

Ads go here

Comments