Persidangan Nicea (Council of Nicea)

 

Menurut perkiraan para ahli sejarah, kitab Injil yang masih asli tanpa adanya campur tangan para pendeta masih ada sehingga tahun 325 Masihi. Namun, selepas tahun tersebut, kitab tersebut mulai dinodai oleh Raja Konstantin Rom (Constantine the Great) dalam Persidangan Nicea

Semasa persidangan tersebut, berlakunya suatu perdebatan dan pertentangan pendapat mengenai isu ketuhanan dan kenabian 'Isa AS. Perdebatan yang berlaku menyentuh ajaran pokok dan aqidah yang dianuti oleh mereka.

Satu pendapat (golongan Saint Arius) mengatakan bahawa Nabi 'Isa AS hanyalah seorang manusia dan nabi yang membawa ajaran agama daripada Tuhan. Satu pihak lagi pula mengatakan bahawa Baginda AS ialah 'anak Tuhan'. Pendapat tentang 'Isa AS sebagai seorang 'anak tuhan' ini didukung oleh pihak gereja dari Iskandariah (Alexandria) yang diketuai oleh penolong Biskop Iskandariah bernama Saint Athanasius.

Raja Konstantin mempunyai niat tersirat untuk bertindak campur tangan dalam hal agama, demi menjaga hak politiknya agar tidak jatuh ke tangan orang lain. Semasa persidangan tersebut, sebanyak 2,048 orang uskup atau biskop telah hadir untuk membincangkan perselisihan pendapat mengenai Nabi 'Isa AS.

Seramai 1,730 orang telah setuju bahawa Nabi 'Isa AS ialah seorang manusia biasa yang diutuskan Allah SWT, manakala seramai 318 orang pula mengatakan bahawa Baginda AS ialah 'anak Tuhan'. Walau bagaimanapun, majoriti pendapat ini ditolak mentah-mentah oleh Raja Konstantin, lantas mengambil pendapat minoriti iaitu Nabi 'Isa ialah seorang 'anak Tuhan' sebagai pendirian.

Mereka yang menentang keputusan yang sesat itu diburu dan dibunuh, malah ada juga sebahagian daripada mereka itu diseksa dengan zalim sehingga ramai yang memilih untuk beruzlah di tempat yang terpencil. Hal yang tersebut adalah untuk menyelamatkan aqidah yang benar dan menunggu kelahiran nabi akhir zaman yang telah dijanjikan.

[Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Muharram 1446H]

Ads go here

Comments